Saturday, August 26, 2006

"BERAT MATA MEMANDANG,BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL"

Sudah lama aku tidak menjengah blog ini,tidak tahu apa yang perlu dicoretkan. Namun rasanya aku perlu mencoretkan sedikit untuk mengingatkan sahabat-sahabat terutamanya diri sendiri tentang ujian Allah.
Akhir bulan lepas telah mula keluar keputusan peperiksaan yang dinantikan dan cukup mendebarkan bagi setiap mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar.Bagi yang berjaya,mabruk diucapkan dan semoga kejayaan ini dapat membakar semangat kita untuk terus mengukir kejayaan pada masa hadapan dan membantu memperjuangkan agama Allah,InsyaAllah,bukan hanya sekadar untuk mendapatkan sijil.Bagi yang gagal,jangan berputus asa,nusrullah pasti ada.
Aku juga pernah mengalami kegagalan dalam peperiksaan yang sememangnya tidak dapat dilupakan.Namun berkat usaha,sokongan dan dorongan dari kedua ibu bapa,sahabat dan teman-teman,Alhamdulillah menjadikan diri ini tabah.Namun aku tahu kegagalan di sini tidak sama dengan Malaysia.Ujiannya lagi hebat.Apa yang aku lihat di sini,ketabahan didalam diri sangat penting tidak kira samaada mereka meraih kejayaan atau sebaliknya kerana kedua-duanya adalah ujian,lagi pula kita berjauhan dengan keluarga tercinta.Di sini juga keluarga perlu menberi sokongan walaupun dari jauh,teman rapat juga amat penting,lebih-lebih lagi semasa saat genting.
Alhamdulillah,dalam peperiksaan yang lepas,aku berjaya.Sedih juga hati melihat keadaan teman-teman yang tidak berjaya lebih-lebih lagi teman rapat yang sentiasa bersama kita semasa belajar atau tidak,apatah lagi mereka yang menanggungnya,bak kata pepatah "Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul".Namun aku bersyukur kerana aku tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya,Allah menguji hambanya kerana Allah tahu hambanya mampu.


*sama-samalah kite berdoa kejayaan milik kita bersama dan dapat merperjuangkan agama islam yang kita anuti.