Wednesday, July 11, 2007

PERPISAHAN

Sudah lama laman ini tidak saya ziarahi,di kesempatan ini saya ingin mencoretkan sedikit untuk meluahkan yang tersirat di hati. Dalam dunia ini tiada sesiapa yang sanggup hidup bersendirian, semua makhluk inginkan teman hatta binatang dan tumbuhan sekali pun. Pertemuan dan perpisahan pula tanpa disangka dan dirancang, ia juga bukan kehendak, kita tidak dapat menghalangnya daripada berlaku. Jika telah ditakdirkan kita berjumpa dengan seseorang yang amat memahami diri kita, banyak membantu kita sama ada masa senang atau susah, banyak berkongsi dengan kita, mungkin kita tidak mahu berpisah dengannya tapi kita perlu redha dan terima ketentuanNYA, akur dengan perpisahan itu walaupun terlalu berat untuk berpisah dengannya. Begitu juga dengan diri ini. Perkenalan dengan seorang teman ketika belajar di Mesir banyak perubahan yang berlaku. Pada mulanya terasing dari kawan-kawan kerana tempat pengajian yang berbeza, kemudian bertemu dan berkenalan dengan seorang sahabat yang 2 tahun lebih tua dariku. Perkenalan yang tidak diduga ini membuahkan kemesraan diantara kami untuk terus bersahabat, dan antara sedar atau tidak banyak yang aku pelajari dari dia dari pelbagai sudut. Aku tahu ramai yang perhatikan keakraban kami, tapi aku begitu selesa bila berada disampingnya. Mungkin pada sesetengah orang kami adalah adik dan kakak angkat kerana perbezaan usia, tapi tidak kami, kami hanyalah sahabat. Pada aku, hubungan adik dan kakak angkat tidak sama dengan hubungan persahabatan, dengan adik atau kakak angkat kita tidak mungkin dapat berkongsi banyak perkara. Walaupun aku dan dia sahabat tapi dia tetap seorang kakak yang perlu aku hormati. Alhamdulillah, walaupun kami terpaksa menghadapi perpisahan ini, sedih dengan kehadiran situasi ini, tapi aku dapat lalui dengan tenang. Moga satu masa nanti kita dapat berjumpa semula. Ana harap hubungan persahabatan ini kekal selamanya walaupun kita berpisah beribu batu tapi kenangan tetap milik kita bersama. Mungkin pada kita tiada siapa yang dapat menggantikan tempat sahabat kita tetapi setiap apa yang berlaku telah ditentukan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya.Bak kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti",kita tidak dapat menafikan orangnya tetap satu tapi biarlah yang menggantikan seperti dia walaupun tidak serupa. Ramai orang berpendapat...biarpun kita ada si dia tetapi sahabat tetap penting bagi kita. Terima kasih di atas ukhuwah yang terjalin. SAHABAT BUKAN ORANG YANG SELALU BERSAMA KITA,TETAPI SENTIASA MENGINGATI KITA DALAM DOANYA, BIAR JAUH DI MATA TETAPI DEKAT DIHATI.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home