Thursday, June 15, 2006

Iktibar Dari Seekor Nyamuk

Seekor nyamuk berlegar-legar di kepala dalam gelap.Tangan sasa pun cepat saja bertindak. Papp...berakhirlah riwayat hidup seekor nyamuk yang sedang mencari rezeki.Tanpa bicara, tanpa timbang rasa manusia telah menjatuhkan hukumankepadanya.Langsung tidak memikirkan keperluan Sang nyamuk yang mahukan setitis saja darah dari manusia itu. Mudah-mudah saja menjatuhkan hukuman,hanya dengan sedikit kesalahan..

Itu tentang seekor nyamuk yang mungkin boleh membawa mudharat kepada manusia,yang tidak salah membunuhnya.Tetapi pada hakikatnya begitulah manusia,terlalu cepat menghukum kesilapan orang lain.Apatah lagi kesilapan itu ada kaitan dengn dirinya.Bila orang menegur,cepat sahaja melenting.Bila orang menasihati,cepat sahaja terasa hati.Bila kawan buat kerenah,cepat sahaja kita menyangka-nyangka.
Jarang sekali di antara kita yang akan berkata,"Mungkin ada sebab kenapa dia buat begitu..."
atau hati terasa,"Agaknya kalau aku buat begitu,macam inilah orang akan terasa..."Iaitu sangat berhati-hati dalam menjatuhkan hukuman,walaupun hanya di dalam hati.

CUBA BAYANGKAN KALAU ALLAH YANG MAHA BESAR,MAHA KAYA DAN MAHA PERKASA ITU BERBUAT KEPADA MAKHLUKNYA KHUSUSNYA MANUSIA,SEPERTIMANA KITA SELALU MENGHUKUM PADA NYAMUK.
RASA-RASANYA,HAMPIR-HAMPIR MUSTAHIL BOLEH BERJUMPA MANUSIA DI MUKA BUMI INI LAGI HARI INI.JUSTERU TIDAK ADA SATU PUN MANUSIA YANG TIDAK PERNAH MEMBUAT SILAP DAN SALAH,SAMA ADA DENGN ALLAH ATAU SESAMA MANUSIA.MELAINKAN PARA NABI DAN RASUL YANG MEMANG TERPELIHARA DARIPADA DOSA-DOSA.
BETAPA PEMURAHNYA ALLAH,KITA YANG SELALU BUAT SALAH DAN SILAP,MASIH LAGI DIBERI REZEKI SETIAP HARI.TETAPI NIKMATNYA YANG PALING BESAR TENTULAH BILA DIBERI HIDAYAHNYA.ANUGERAH YANG TIDAK BOLEH DIBAYAR DENGAN SEISI DUNIA SEKALIPUN.

Bukan mudah untuk membuktikan syukur.Hidayah sudah diberi,tapi dosa dan kesalahan tetap diulangi lagi.Tahu dosa tapi tak rasa berdosa,mengulang-ulang kesilapan yang sama. Kalau Allah berbuat terhadap makhluknya seperti kerasnya kita dengn nyamuk tadi,alangkah malangnya kita.Malang di dunia,di akhirat lebih-lebih lagi.

Wednesday, June 07, 2006

Antara Sebab Atau Tanda-tanda Hati Mati


Menurut Syeikh Ibrahim Adham


Antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah S.W.T, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Mengaku cinta kepada Rasullulah S.A.W, tetapi tidak beramal dengan sunnahnya.
3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah S.W.T, tetapi tidak mensyukuri atas nikmat pemberiannya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
.