Monday, July 31, 2006

THE ANNUAL FESTIVAL 2006 (AF 'O6)

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya program yang dirancangkan telah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Kini..telah seminggu program AF berlalu. Kepenatannya juga tidak terasa lagi.
Terima kasih kuucapkan kepada k.anis.k.saliza,k.dayah,anim,k.ratna,k.yati,k.iza dan semua yang telam membantu,memberi sokongan dan dorongan ketika diri ini telah hampir berputus asa.Tiada apa yang dapat dilakukan untuk membalas jasa semua teman yang sudi membantu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.



*Aku tahu..aku tidak dapat berdiri sendiri tanpa teman yang sudi membantu,merasai susah senang bersama,suka duka bersama.

Sunday, July 16, 2006

Dulu...semasa bulan 5 dan 6,hati ini asyik risaukan tentang peperiksaan yang bakal dihadapi dan alhamdulillah ianya telah berlalu.Sekarang...hati risaukan tentang natijah yang bakal keluar. Program mega yang julung kali di adakan dan diberi nama The Annual Festival of BKPJM berjalan selama seminggu,hanya tinggal 2 hari untuk diraikan.Rasa risau mula menguasai diri kerana ada lagi kerja yang tidak dapat disiapkan..harapanku..ia dapat disiapkan sebelum program ini bermula, supaya dapat memudahkan segala urusan lain dan berjalan lancar sebagai mana yang dirancangkan.
Aku risau kerana ini adalah pertama kali menguruskan satu program besar. Sebelum ini aku hanya membantu dari belakang, itupun jika bantuan aku diperlukan. Dalam keadaan aku di sini.. sokongan ibu dan ayahku amat aku perlukan. Alhamdulillah..setakat ni banyak yang aku lakukan di sini dipersetujui ibu dan ayahku dan tidak mendapat sebarang halangan. Cuma satu pesanan mereka dan Insya Allah aku akan patuhi.
Ketika menguruskan program ini..dapat aku rasai kesusahan orang yang melaksanakan program...untuk meminta orang mengikut program yang kita jalankan bukanlah satu perkara yang mudah. Selama ini hanya mendengar orang mengkritik sesuatu program sahaja...apabila melaksanakan..kita akan rasai kesusahan mereka melaksanakan program tersebut.
Tetapi,walau sesusah mana pun..aku harap aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadaku. Aku tahu...kita merancang,Allah jua merancang dan Allah yang menentukan..tetapi kita perlu berusaha dan banyak berdoa..Insya Allah program mega yang akan berlangsung pada 19 hari bulan nanti berjalan lancar dan beroleh keberkatan dari-NYA.

Wednesday, July 05, 2006

Sanah Helwa

SELAMAT HARI LAHIR kpd sesiapa yang menyambut hari lahir sepanjang bulan 7. Moga berjaya dlm pelajaran dan impian masing-masing,dilanjutkan usia,dimurahkan rezeki,bergembira dan berbahagia di dunia dan akhirat. Semoga dengan meningkat umur,menjadikan diri lebih matang menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan.InsyaAllah.